Fikirlah Perasaan Orang Lain


Engkau ingin disayangi tapi engkau tidak pernah menyayangi makhluk Tuhan

Engkau ingin di ambil perhatian tapi engkau tidak pernah mengambil perhatian kepada manusia

Engkau suka dibantu ketika engkau mendapat kesusahan

Tapi kesusahan orang engkau tidak pernah mempedulikan

Engkau ingin simpati orang terutama dimasa diperlukan

Tapi simpati tidak ada didalam kamus hidup engkau

Tngkau ingin menagih penghormatan dari orang

Tapi engkau tidak pernah menghormati orang lain

Engkau hanya mementingkan diri sendiri

Perasaan engkau sahaja yang engkau fikirkan

Tapi perasaan orang lain engkau tidak peduli

Ingatlah perasaan manusia sama sahaja

Apa yang kita rasa susah itu jugalah yang dirasa manusia

Apa yang di senangi kita itu jugalah yang disenangi orang

Kerana itulah kita kenalah bertimbang rasa

Didalam memikirkan diri kenalah juga memikirkan orang

Barulah kita boleh hidup berkasih sayang dan berkerjasama

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi